Kolej Profesional MARA dengan kerjasama Bahagian Pengajian Tinggi MARA (BPT) telah menganjurkan PROGRAM IPMA GLOBAL VIRTUAL GLOBAL CHALLENGE 2021 pada 28 Ogos 2021 - 7 Oktober 2021. Seramai 10 orang pelajar dan 5 orang kakitangan KPTM Kuantan telah menyertai program ini. Program ini diadakan secara atas talian (Pertandingan Website Negara-Negara OIC ( Video Dokumentari masakan Tradisional & lagu & tarian tradisional Negara-Negara OIC)).
Objektif program ini adalah:
1. Mengasah bakat peserta KPTM Kuantan dalam bidang storytelling, pengacaraan, penyuntingan video dan kerjasama dalam kumpulan.
2. Peserta dapat mengenali dengan dekat kebudayaan dan masyarakat negara-negara yang telah ditetapkan oleh penganjur.
3. Menggalakkan peserta untuk menggunakan teknologi video dan media social dalam menghadapi cabaran
Pada 8 Oktober 2021 baru-baru ini telah diadakan program Get Fit Today secara atas talian bersama Coach Ieda. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa MQS KPTM Kuantan bagi tujuan memastikan warga kerja Kolej Poly-Tech MARA Kuantan sentiasa kekal sihat & produktif walaupun ketika bekerja di rumah dan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara staf. Program ini akan diadakan secara berkala iaitu 2 minggu sekali.
Tahniah kepada pensyarah KPTM Kuantan iaitu Ts. Aizat bin Abd Aziz dan Ts. Razmi bin Ab Rahman yang telah berjaya mendapat 'SILVER medal' bagi produk inovasi yang telah dipertandingkan di Pertandingan Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA’21) anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
KPTM Kuantan telah mendapat tempat ke 12 daripada keseluruhan 62 penyertaan dari seluruh Malaysia bagi kategori Teknologi Kejuruteraan.
Keputusan pertandingan telah disiarkan melalui FB Live Kolej Komuniti Paya Besar.
Pada 23 September 2021, telah diadakan program Jom Sambung Degree (Finishing School Programme) anjuran Seksyen Kaunseling & Kerjaya Pelajar KPTM Kuantan melalui aplikasi Google Meet. Program ini telah disertai oleh 120 orang pelajar.
Objektif program ini adalah:
Memberi info kepada pelajar terutama kepada pelajar tahun akhir berkaitan lanjutan pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Luar Negara serta Dalam Negara.
Menggalakan pelajar untuk membuat persediaan awal bagi memastikan pelajar bersedia dari segala aspek sebelum melanjutkan pelajaran ke Luar Negara & Dalam Negara.
Memastikan pelajar mendapat info yang sangat penting sebelum melanjutkan pelajaran agar pelajar mendapat program pengajian yang berkualiti di Luar negara / Dalam Negara dan seterusnya menjamin peluang pekerjaan
Pada 24 September 2021 baru-baru ini telah diadakan program Get Fit Today secara atas talian bersama Coach Apai. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa MQS KPTM Kuantan bagi tujuan memastikan warga kerja Kolej Poly-Tech MARA Kuantan sentiasa kekal sihat & produktif walaupun ketika bekerja di rumah dan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara staf. Program ini akan diadakan secara berkala iaitu 2 minggu sekali.
Pada 20 September 2021, telah diadakan program Career Decision (Finishing School Programme) anjuran Seksyen Kaunseling & Kerjaya Pelajar KPTM Kuantan melalui aplikasi Zoom. Program bersama Prof Madya Dr Mohd Izwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kerjaya Pelajar) ini telah disertai oleh 90 orang pelajar.
Objektif program ini adalah:
Memberi info kepada pelajar terutama kepada pelajar tahun akhir berkaitan tips membuat keputusan dalam memilih kerjaya yang dapat mewujudkan pengukuhan kerjaya.
Membantu pelajar mengenal personaliti diri supaya pelajar dapat membuat pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian agar perkembangan kerjaya dapat berkembang dengan positif.
Mendedahkan kaedah perancangan kerjaya yang perlu di lakukan seawal pengajian agar pembentukan nilai kendiri dapat bergerak secara berterusan.
Pada 15 September 2021, Unit Integriti KPTM Kuantan telah mengadakan sebuah program yang bertajuk Pendemik Rasuah, Apakah Vaksinnya? Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program dijalankan secara atas talian (aplikasi Zoom) dan dihadiri oleh semua kakitangan KPTM Kuantan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Maizatul Idzwie binti Mat Ali daripada Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang.
Objektif Program:
1. Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, impak rasuah dan langkah-langkah mencegah jenayah rasuah
2. Memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan rasuah bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap SPRM
3. Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah; dan
4. Menyemai nilai integriti dan antirasuah dalam setiap lapisan masyarakat
Pada 10 September 2021 baru-baru ini telah diadakan program Get Fit Today secara atas talian. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa MQS KPTM Kuantan bagi tujuan memastikan warga kerja Kolej Poly-Tech MARA Kuantan sentiasa kekal sihat & produktif walaupun ketika bekerja di rumah dan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara staf. Program ini akan diadakan secara berkala iaitu 2 minggu sekali.
Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.
dummy+609-536 6701/513/514
dummy+609-536 6515
dummy [email protected]