Program Sambutan Hari Sukan Negara telah disambut pada 7 - 9 Oktober 2021. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Strategik (BHEPS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuantan. Sambutan Hari Sukan Negara melibatkan semua warga KPTM Kuantan (staff & pelajar).
Antara program yang dijalankan adalah Pertandingan Video, Pertandingan Permainan Secara Online (PUBG) dan Sambutan Hari Sukan.
Objektif Program:
1. Memupuk semanngat cintakan sukan dan aktiviti riadah bersama masyarakat.
2. Memeriahkan Hari Sukan Negara Tahun 2021 (HSN2021) yang disambut di seluruh negara.
3. Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara warga KPTM Kuantan.
4. Mengasah bakat pelajar menggunakan media sosial untuk menghasilkan video-video aerobik yang kreatif.
Pengumuman hadiah pertandingan dan cabutan bertuah telah diadakan semasa Majlis Sambutan Hari Sukan Negara pada 9 Oktober 2021 yang turut diadakan secara atas talian.