POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

KPTMSB komited terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk mengurangkan bahaya dan semua punca bahaya di samping melahirkan suasana kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada segala ancaman penyakit. Dasar dirangka juga melibatkan semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB terutama kakitangan pengurusan, pelajar, ibubapa pelajar, pembekal, kontraktor dan sub kontraktor yang dilantik mesti mematuhi segala keperluan perundangan.

OBJEKTIF

Objektif polisi ini adalah untuk memastikan setakat yang praktik, KPTMSB akan melindungi semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

STRATEGI

Dalam usaha untuk memastikan objektif polisi tercapai, setakat yang praktik KPTMSB akan berusaha untuk:-
i.     Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat daripada kecederaan, penyakit, kemusnahan harta benda dan kematian;
ii.    Melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan persekitaran yang memenuhi kehendak perundangan;
iii.   Memupuk budaya kerja selamat, kondusif dan sihat sebagai amalan di kolej-kolej KPTM berpandukan kefahaman, tanggungjawab dan pengaturan kendiri;
iv.   Bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi luar untuk memperkukuhkan perlaksanaan operasi dan pentadbiran;
v.    Memastikan penyampaian maklumat berada di dalam keadaan terbaik dengan meningkatkan komunikasi dua hala;
vi.   Mempergiatkan latihan dan kempen bagi menyerlahkan kompetensi dan pemahaman; dan
vii.  Menyemak polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkala.

Semua pekerja perlu memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala strategi yang telah dirancang oleh majikan untuk mencapai objektif polisi ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday408
YesterdayYesterday398
This_WeekThis_Week1615
This_MonthThis_Month2166

 

 

Search