Jabatan Teknologi Maklumat



FUNGSI JABATAN

 

  1. Mengkaji, menganalisa dan menyediakan keperluan ICT untuk syarikat berdasarkan keutamaan dan peruntukan kewangan.

  2. Membangunkan dan menyelenggara sistem untuk syarikat mengikut keperluan semasa.

  3. Memberi khidmat nasihat berkaitan keperluan ICT.

  4. Memberi khidmat senggaraan perkakasan komputer kepada pengguna.

  5. Penyediaan perisian dan perkakasan yang berkaitan dengan keperluan syarikat.

  6. Menguruskan latihan keperluan sistem untuk pengguna dalam syarikat.

  7. Menyediakan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer syarikat.

  8. Memastikan keselamatan data dan sistem rangkaian komputer.

  9. Menganalisa dan menyelaras data syarikat.

  10. Memelihara integriti data syarikat.

 

Image
Cik Wan Shahar Bin Che Wan Abdul Mubin
Penolong Pengarah Kanan / Pentadbir OLeSCik Wan Shahar Bin Che Wan Abdul Mubinciewan_shah@gapps.kptm.edu.my (ext:228)
Ros Mazuan Noor Bin Mohamad
Juruteknik Komputer KananRos Mazuan Noor Bin Mohamadrmazuan@gapps.kptm.edu.my (ext:273)
Saiful Rizwan Bin Ahmad Nadzim
Juruteknik Komputer Saiful Rizwan Bin Ahmad Nadzimsaifulrizwan@gapps.kptm.edu.my (ext:273)
Nasrul Hakimi Bin Nazri
Juruteknik Komputer Nasrul Hakimi Bin Nazrinasrul@gapps.kptm.edu.my (ext:273)



Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) KPTM Kuantan merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam menguruskan segala perkakasan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT rangkaian. Perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh JTM KPTM Kuantan meliputi kesemua pengguna di KPTM Kuantan.
Buat masa ini, pihak JTM dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan ICT, anda boleh merujuk terus ke pejabat JTM yang beroperasi di FASA III Blok Akademik KPTM Kuantan.

Waktu operasi Pejabat JTM KPTM Kuantan ialah seperti berikut:

Hari Isnin hingga Khamis : 8.00pg hingga 5.00ptg
Hari Jumaat : 8.00pg hingga 12.30tgh dan dibuka semula pada
                    2.45ptg hingga 5.00ptg


JTM KPTM Kuantan juga ada menyediakan kemudahan Makmal Pelajar (Public Lab) bagi memudahkan pelajar.(Public Lab) ini beroperasi setiap hari seperti jadual berikut:

Hari Isnin hingga Khamis : 8.00pg hingga 5.00ptg
Hari Jumaat : 8.00pg hingga 12.30tgh dan dibuka semula pada
                    2.45ptg hingga 5.00ptg

Pihak JTM KPTM Kuantan ada menyediakan borang bagi tujuan tertentu. Anda boleh terus memuat turun borang ini dengan mengklik nama borang tersebut di Portal Sistem KPTMNET

Prosedur Permohonan Senggaraan ICT (Untuk Rujukan Kakitangan KPTM Kuantan)

Sekiranya kakitangan mempunyai sebarang masalah atau ingin membuat sebarang aduan, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah-langkah di bawah.

1) Mengisi borang yang disediakan di atas atau datang mengisi borang di pejabat JTM KPTM Kuantan.

2) Juruteknik akan membuat temujanji dengan anda.

3) Pastikan berada di bilik dan bersedia untuk menerima kunjungan juruteknik pada masa yang dijanjikan.

4) Jika anda ada hal-hal kecemasan di saat akhir, sila maklumkan kepada juruteknik.

5) Sekiranya hanya terdapat seorang sahaja juruteknik di pejabat pejabat JTM,kami memohon supaya bersabar kerana pihak JTM memerlukan sekurang-
kurangnya seorang staf/juruteknik bersedia di pejabat untuk menguruskan pejabat.

 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday163
YesterdayYesterday232
This_WeekThis_Week1110
This_MonthThis_Month7025

 

 

Search