Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Strategik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek kemudahan penempatan, kebajikan, tatatertib, kesihatan dan kaunseling yang bermatlamatkan untuk mewujudkan suasana persekitaran kampus yang kondusif dengan menyemai, menerap dan menyuburkan budaya hidup kampus yang harmonis dan berkualiti.
Peranan :
  1. menyedia dan mengurus perkhidmatan kepada pelajar.
  2. bertanggung jawab dalam membangunkan sahsiah dan potensi pelajar.
  3. menguruskan hal ehwal pelajar dan mengurus selia urusan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, tatatertib, kaunseling, kebudayaan, penginapan,  dan kebajikan pelajar.
Fungsi HEP
  • Membantu pelajar-pelajar  dari segi kebajikan, keselesaan dan keselamatan
  • Menyediakan kemudahan penginapan/kediaman.
  • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di sekitar kampus serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.
OBJEKTIF
  • Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian Kebajikan pelajar diurus dengan cekap dan berkesan
  • Memastikan aspek kebajikan dan perkhidmatan kepada siswa diberi keutamaan.
  • Menyediakan program pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keusahawanan siswa yang berkesan.
  • Sentiasa proaktif dan responsif kepada keperluan dan kehendak siswa.
  • Memberi hak pengupayaan kepada siswa dalam pelaksanaan program siswa.
  • Mewujudkan jaringan dan kerjasama antara Alumni dan siswa.
 
Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan juga telah dibuat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar. BHEPS bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.
Kecemerlangan pelajar yang dihasratkan mestilah dalam bentuk kombinasi kecemerlangan akademik , kokurikulum dan sahsiah diri, seiring usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang, kompeten dan berdaya untuk terus maju serta melanggani konsep pembelajaran yang berterusan.
 
Shahrul Anuar bin harun
Ketua Penolong PengarahShahrul Anuar bin harunshahrul@gapps.kptm.edu.my
Mohd Azamuddin Bin Che Embi
Penolong PengarahMohd Azamuddin Bin Che Embiazamuddin@gapps.kptm.edu.my (ext:216)
MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAINUDDIN
Penolong PengarahMUHAMMAD HAFIZ BIN ZAINUDDINmhafiz@gapps.kptm.edu.my (ext: 217)
Kamarulnizam bin Kamarudin
Penolong PengarahKamarulnizam bin Kamarudinkamarulnizam@gapps.kptm.edu.my (ext:221)
Nurul Hayani Binti Talib
Penyelia Asrama Nurul Hayani Binti Talibnurul_hayani@gapps.kptm.edu.my (ext:219)
Ahmad Fairuz Bin Hasan
Pembantu Penolong PengarahAhmad Fairuz Bin Hasanfairuz_h@gapps.kptm.edu.my
Mah Hussin Bin Safie
Penyelia AsramaMah Hussin Bin Safiemahhussin@gapps.kptm.edu.my

Sektor Kokurikulum

  • Merancang, melaksana dan menguruskan Takwim Aktiviti Tahunan, MPP, Semua Kelab dan Persatuan.
  • Menyediakan latihan yang diperlukan oleh pelajar.
  • Memantau aktiviti, program dan latihan pelajar
  • Merekod aktiviti, program dan latihan serta mengemas kini laporan aktiviti pelajar secara bulanan/ tahunan.
  • Mengurus Program Kepimpinan Bersepadu Pelajar
  • Merancang aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan antara pelajar dan komuniti masyarakat sekeliling.
  • Mengurus pencalonan dan Pemilihan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar).

 Sektor Bimbingan dan Kaunseling

  • Menyelaras Program/ Seminar/ Bengkel Pembangunan Kendiri Pelajar.
  • Mengendalikan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada pelajar secara individu dan kelompok, ujian-ujian psikologi seperti (ujian personality, stress) dan sesi terapi kaunseling kepada pelajar.
  • Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling dan bimbingan pelajar, program kecemerlangan akademik pelajar dan program persediaan kerjaya khusus kepada pelajar tahun akhir.
  • Pengenalpastian masalah pelajar melalui keputusan akademik dan latar belakang.
  • Menjalankan sesi bimbingan kerjaya dan sesi kaunseling bagi kes-kes tatatertib pelajar yang dirujuk.
  • Menyediakan laporan data & statistik bagi jumlah klien, sesi kaunseling, jenis-jenis isu dan bimbingan.
  • Menjalinkan hubungan dengan syarikat, agensi luar, industri dan Jabatan kerajaan bagi program kerjaya.

Sektor Kediaman dan Kebajikan Pelajar

  • Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada semua mahasiswa/i
  • Menjamin keselesaan dan keselamatan mahasiswa/i sepanjang pengajian di KPTM Kuantan
  • Mewujudkan persekitaran penginapan yang mampu melahirkan suasana masyarakat kampus yang harmoni, kondusif dan selamat
  • Memastikan semua aspek berkaitan kebajikan dan kesihatan mahasiswa/i sentiasa diutamakan.

Sektor Keusahawanan

  • Penubuhan utama Sektor Keusahawanan adalah bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiwi di Kampus  yang berminat dalam bidang keusahawanan.
  • Dalam sektor Keusahawanan ini terdapat pelbagai aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pelajar dalam mencebur bidang keusahawanan.
  • Pelbagai program keusahawanan yang dijalankan, siswa dan siswi dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam menguruskan sebuah perniagaan.
  • Sektor Keusahawanan ini juga menjalankan kegiatan keusahawanan bersama komuniti dalam melatih dan membiasakan pelajar dalam dunia pengurusan kecil.

Untuk maklumat terkini tentang Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Strategik, sila layari laman di bawah:

Laman Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Strategik 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday150
YesterdayYesterday356
This_WeekThis_Week1782
This_MonthThis_Month22517

 

 

Search