Pada 20 September 2021, telah diadakan program Career Decision (Finishing School Programme) anjuran Seksyen Kaunseling & Kerjaya Pelajar KPTM Kuantan melalui aplikasi Zoom. Program bersama Prof Madya Dr Mohd Izwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kerjaya Pelajar) ini telah disertai oleh 90 orang pelajar.
Objektif program ini adalah:
Memberi info kepada pelajar terutama kepada pelajar tahun akhir berkaitan tips membuat keputusan dalam memilih kerjaya yang dapat mewujudkan pengukuhan kerjaya.
Membantu pelajar mengenal personaliti diri supaya pelajar dapat membuat pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian agar perkembangan kerjaya dapat berkembang dengan positif.
Mendedahkan kaedah perancangan kerjaya yang perlu di lakukan seawal pengajian agar pembentukan nilai kendiri dapat bergerak secara berterusan.