Rabu, 16 Feb 2022 - ššššššš š¬šµš®šØš®š¬š“š¬šµš» šššš ššššššš šššš ššššššš & šššššššššš ššššššš ššš yang dianjurkan oleh MARA Negeri Pahang dan MGKK daerah Kuantan telah berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan dengan jayanya.
Program ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 orang kaunselor dari daerah Kuantan. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan dan kelebihan menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dengan para kaunselor supaya dapat disalurkan kepada anak-anak murid di sekolah masing-masing.
Antara IPMA yang telah hadir memberikan taklimat ialah KPTM, UniKL, GMI, KPM, KKTM dan IKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Soffian Bin Haji Mustafa.
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut menyumbangkan Dana Khas kepada Pelajar IPMa Dan MRSM yang Terkesan Bencana Banjir (KPTM Kuantan, KKTM Kuantan, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah & MRSM Bera) dan juga Penyerahan Sumbangan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SKED) YPM kepada Adik Siti Farisha Nadira binti Mohd Ariff, Pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Indera Mahkota.Ā