Previous Next

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝑬𝑵𝑮𝑨𝑮𝑬𝑴𝑬𝑵𝑻 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐆𝐊𝐊 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐏𝐌

Rabu, 16 Feb 2022 - 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝑬𝑵𝑮𝑨𝑮𝑬𝑴𝑬𝑵𝑻 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐆𝐊𝐊 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐏𝐌 yang dianjurkan oleh MARA Negeri Pahang dan MGKK daerah Kuantan telah berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan dengan jayanya.

Program ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 orang kaunselor dari daerah Kuantan. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan dan kelebihan menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dengan para kaunselor supaya dapat disalurkan kepada anak-anak murid di sekolah masing-masing.

Antara IPMA yang telah hadir memberikan taklimat ialah KPTM, UniKL, GMI, KPM, KKTM dan IKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Soffian Bin Haji Mustafa.

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut menyumbangkan Dana Khas kepada Pelajar IPMa Dan MRSM yang Terkesan Bencana Banjir (KPTM Kuantan, KKTM Kuantan, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah & MRSM Bera) dan juga Penyerahan Sumbangan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SKED) YPM kepada Adik Siti Farisha Nadira binti Mohd Ariff, Pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Indera Mahkota. 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday67
YesterdayYesterday235
This_WeekThis_Week1917
This_MonthThis_Month4781

 

 

Search