14 Januari, Sabtu – Seramai 40 orang pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kuantan telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam. Kedatangan disambut penuh mesra oleh guru-guru serta murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam. Sambutan sungguh meriah dan mesra membuatkan program pada hari itu sungguh bermakna. Selain aktiviti gotong-royong, aktiviti seperti senamrobik dan sukaneka juga diadakan bagi memeriahkan program.
Tujuan Program Khidmat Masyarakat dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Para pelajar KPTM Kuantan dapat pengalaman yang luar biasa kerana berpeluang berinteraksi dengan masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Pengalaman yang diperoleh dapat mendewasakan para pelajar dalam merangka sesuatu tugasan. Para pelajar juga berpeluang untuk belajar menyelesaikan masalah dengan cepat dan berfikiran kritis agar aktiviti berjalan dengan lancar.
Kerjasama yang diterapkan antara AJK dan pengurusan sekolah sangat membantu dalam pelaksanaan program ini. Sekalung penghargaan buat Encik Mohd Sabri Bin Mustafa (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam), para guru dan juga murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam.
Sumber : FB Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan