Previous Next

PROGRAM PENYERAHAN ZAKAT KPTM KEPADA PELAJAR DAN SESI ENGAGEMENT BERSAMA STAF KPTM KUANTAN

6 Januari 2023, Jumaat - Telah berlangsung majlis penyerahan zakat KPTM yang disempurnakan oleh YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB kepada wakil pelajar iaitu Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Kuantan untuk diserahkan kepada 107 orang asnaf pelajar KPTM Kuantan.
Di samping itu, diadakan juga sesi engagement YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz bersama dengan warga kerja KPTM Kuantan. Majlis berlangsung begitu syahdu sekali memandangkan beliau akan bersara pada Mac nanti.
Umum mengetahui, KPTM Kuantan mempunyai tempatnya yang tersendiri di dalam hati beliau, kerana di sinilah bermulanya karier YBhg. sebagai pensyarah matematik pada tahun 1987. Ucapan yang disampaikan mengusik hati, terutamanya yang mengenali beliau bersama dengan arwah isterinya, Allahyarhamah Puan Salmah binti Juraimi.
Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Semoga YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.
Selamat bersara Boss!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday39
YesterdayYesterday290
This_WeekThis_Week761
This_MonthThis_Month1841

 

 

Search