Previous Next

Karnival Amazing KPTM Kuantan

Pada 20 - 22 September 2022, Karnival Amazing KPTM Kuantan telah dijalankan. Antara majlis dan aktiviti yang telah berlangsung ialah Majlis Anugerah Senat dan Kolaboratif Industri, Industrial Talk, Senamrobik , Bicara Usahawan, jualan amal dan gerai jualan pelajar. 

Majlis Anugerah Senat ini diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang yang mendapat GPA 4.00 bagi semester Julai 2020, November 2020, Julai 2021 dan November 2021. Di samping meraikan pelajar yang menerima anugerah ini, suatu upacara Menandatangani Perjanjian Kolaboratif bersama wakil industri akan diadakan pada tarikh dan waktu yang sama. Antara wakil industri yang akan hadir ialah National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd dan MNZWAJA Chartered Accountants.Program ini akan disempurkan perasmiannya oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz. Semoga majlis berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Pada hari ketiga Karnival Amazing KPTM Kuantan, akan diadakan program bual bicara bersama dengan usahawan yang berjaya iaitu Pemilik Cafe Kopi Mesin dan Sambal Nyet yang terkenal. Di samping itu, wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan berkongsi pengetahuan berkenaan dengan cara penubuhan syarikat di Malaysia.

Acara kemuncak CELEBPRENEUR TALK saudara Khairul Aming berkongsi kisah suka duka perit jerih sebelum bergelar seorang pempengaruh yg terkenal di media sosial terutamanya di Instagram.

Semoga program sebegini akan terus memberikan inspirasi kepada anak muda untuk terus berjaya.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday53
YesterdayYesterday290
This_WeekThis_Week775
This_MonthThis_Month1855

 

 

Search