Tahniah KPTM Kuantan, tempat ke- 3 NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2020 (iCompEx 2020)

 

Tarikh:17/5/2020 – 21/7/2020

Tempat : Pertandingan berjalan secara atas talian (online)

Projek: IoT LPG Gas Leak Detector System with Auto Shut Off Valve


            Pelajar: 

i.  Muhammad Amirul Shahmin Bin Mohamad Saufi (PTM180710875)

ii. Wan Muhammad Hazim bin Wan Izham (PTM180710954)

Penasihat Projek: Ts. Aizat Abd Aziz dan Ts. Razmi Ab Rahman (Pensyarah Kejuruteraan Elektrik)

 

Pada 17/5/2020 – 21/7/2020, telah berlangsungnya pertandingan inovasi National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2020 (Icompex 2020) secara atas talian disebabkan masalah global COVID-19 yang melanda negara pada masa kini. Penganjur utama pertandingan ini ialah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah. Pertandingan ini sepatutnya berlangsung pada 24 – 26 Mac 2020 di Dewan Wawasan Jitra, Kedah namun pihak penganjur terpaksa menukar   mod pertandingan daripada bersemuka kepada secara virtual disebabkan kerajaan telah melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 bagi memutuskan rangkaian virus COVID-19 di dalam negara. Kemuncak pertandingan ini adalah pada 21 Julai 2020 di mana pengumuman pemenang-pemenang bagi setiap kategori pertandingan ini disampaikan secara Facebook Live di halaman Facebook iCompeX.

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah menghantar satu produk inovasi pelajar daripada program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri) bagi menyertai pertandingan ini. Produk inovasi tersebut adalah IoT LPG Gas Leak Detector System with Auto Shut Off Valve. Sebanyak 60 penyertaan dari IPT seluruh negara telah bertanding bagi kategori Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi. KPTM Kuantan telah berjaya dinobatkan Tempat Ketiga untuk kategori ini dan turut berjaya membawa pulang pingat Emas.

 

Produk inovasi yang telah dipertandingkan ini adalah amat berguna bagi menyelesaikan masalah letupan atau kebakaran disebabkan oleh kebocoran gas LPG samada di rumah atau di kedai dobi layan diri. Pada masa kini, terdapat banyak kes di mana rumah terbakar disebabkan oleh kebocoran gas LPG atau umumnya dikenali sebagai gas memasak. Letupan bermula apabila seseorang telah menghidupkan mana-mana suis di rumah mereka tanpa menyedari bahawa gas itu telah benar-benar menguap di dalam rumah. Kedai dobi layan diri juga menghadapi masalah yang sama kerana gas LPG digunakan sebagai agen pengeringan di dalam mesin pengering pakaian. Letupan gas ini boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, produk inovatif yang dikenali sebagai IoT LPG Gas Leak Detector with Auto Shut OFF Valve telah dibangunkan untuk menangani masalah ini. Produk ini mampu mengesan kebocoran gas memasak dan kemudiannya berupaya memotong sumber bekalan gas dari tangki gas secara automatik bagi mengelakkan gas bocor secara berterusan. Notifikasi amaran akan dihantar kepada telefon bimbit pemilik rumah melalui talian internet bagi memberikan amaran kepada pemilik sekiranya beliau tidak berada di dalam rumah. Tahap kebocoran gas juga boleh dipantau dengan menggunakan telefon pintar melalui sambungan internet. Jika tahap kebocoran tidak berkurang  walaupun bekalan gas telah dipotong , pemilik boleh mematikan terus bekalan elektrik rumah dengan hanya menggunakan telefon pintar bagi mengelakkan sebarang kebakaran dan letupan berlaku akibat kebocoran gas yang sudah mampat di dalam rumah. 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday74
YesterdayYesterday235
This_WeekThis_Week1924
This_MonthThis_Month4788

 

 

Search