Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Balqis binti Budiman yang merupakan penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Platinum di dalam Konvokesyen KPTM yang ke 36 yang telah berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, .
Beliau merupakan graduan Diploma in Electrical Engineering (Industrial Electronics) KPTM Kuantan. Balqis bukan sahaja pelajar cemerlang yang berjaya mendapat CGPA 4.00 tetapi juga pelajar yang sangat aktif di dalam aktiviti-aktiviti anjuran kolej dan merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2018/2019
Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Teknikal di Cavotec Malaysia Sdn Bhd serta berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Memang selayaknya Saudari Balqis menerima anugerah tertinggi ini. Tahniah sekali lagi daripada pihak kolej.
Sumber : FB Jom Belajar di IPT