Pada 10 Mei 2019, pelajar-pelajar KPTM Kuantan Semester 3 telah menjalankan aktiviti CSR berbentuk Program Jati Diri di SMK Gudang Rasau. Antara objektif program adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan agama, bangsa dan negara disamping memupuk sifat kerjasama dalam pasukan, dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan serta berketerampilan. Pelajar sekolah yang terlibat adalah di kalangan pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT3 tahun ini.
Aktiviti- aktiviti yang terlibat adalah Team spirit,Spead test,Two way communication,Jambatan harapan,Paper clip and cawan,Confident challenge dan Motivasi ringkas –persediaan menghadapi peperiksaan.
Rata-rata pelajar-pelajar di SMK Gudang Rasau amat menyukai program seumpama ini dan berharap program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.