MARA Prihatin Ramadan : Kongsi Rezqi
Tarikh: 28 April 2021 (Rabu)
Tempat: Surau Teluk Mahang, Kuantan
KPTM Kuantan ingin ber‘Kongsi Rezqi’ dengan 30 orang penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Kali ini, KPTM Kuantan bekerjasama dengan jawatankuasa Surau Teluk Mahang yang lokasinya terletak bersebelahan dengan KPTM Kuantan. Seramai 10 orang staf KPTM Kuantan telah bersama-sama mengagihkan bantuan yang berupa barang keperluan harian kepada penduduk yang terpilih. Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan dapat meringankan beban penerima di bulan Ramadan yang mulia ini. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Ketua Kampung atau Tok Empat, Encik Tarmizi bin Mohd Yusoff.