Jabatan Kejuruteraan KPTM Kuantan adalah jabatan akademik di bawah Fakulti Kejuruteraan. Pada permulaan penubuhan, Jabatan Kejuruteraan telah menjalankan program usahasama bersama Universiti Teknologi MARA melalui Program Diploma Kejuruteraan Awam KPTM-UiTM. Namun hasil kematangan dalam menjalankan program usahasama tersebut, Jabatan Kejuruteraan telah mengorak langkah dengan menawarkan program dalaman sendiri iaitu Program Diploma in Civil Engineering (Construction Safety) EV101 bermula Julai 2009.Sehingga kini, Jabatan Kejuruteraan telah menghasilkan lebih daripada 1000 graduan dalam bidang kejuruteraan awam yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta serta diterima juga untuk bekerja dalam industri kejuruteraan. Etika dan profesionalisme yang tinggi para pensyarah Jabatan Kejuruteraan menjadi teras dalam memastikan kebolehpasaran graduan dalam menghadapai cabaran industri pada masa kini. Justeru itu, bermula Julai 2024 Fakulti Kejuruteraan KPTM Kuantan mengorak langkah sekali lagi dengan memperkenalkan kursus kompetensi Site Safety Supervisor (SSS) di dalam struktur program Diploma in Civil Engineering EV103 sebagai nilai tambah kepada bakal graduan.
Para pelajar didedahkan dengan jalinan kerjasama bersama pihak industri seperti lawatan tapak, ceramah kerjaya, tautan alumni serta latihan industri yang dapat menberi pendedahan awal kepada bakal graduan. Jabatan Kejuruteraan amat komited dalam memastikan bidang kejuruteraan menjadi salah satu bidang yang relevan serta memenuhi kehendak industri pada masa sekarang dan akan datang.







The programme educational objectives are to produce assistant engineers, site supervisors or site safety supervisors who are:
PEO1
Competent in practising theoretical knowledge and technical skills of civil engineering.
PEO2
Solve problem efficiently and communicate the solutions effectively to various stakeholders, and fostering a teamwork spirit.
PEO3
Ethical in practising the field-related expertise with holistic considerations for upholding public health and safety, environment and sustainability.
PEO4
Demonstrate entrepreneurial and lifelong-learning skills in a related field, and registered with professional bodies.








