KPTM Kuantan telah menganjurkan Program MARA Prihatin Ramadhan: Jalinan Kaseh pada 26 April 2021. Majlis ini dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Maliki bin Mustafa. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada beberapa orang kakitangan yang disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain selaku Pengarah KPTM Kuantan. Semua tetamu solat maghrib berjemaah sebelum bersama-sama berbuka puasa di Dewan Al-Farabi.