2 Disember 2022, Jumaat - Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTMSB telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar bagi tahun 2022 yang bertempat di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan.
Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi anugerah dan pengiktirifan kepada para pelajar yang mengharumkan nama baik KPTM dan sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan para pelajar dalam bidang sukan, ko-kurikulum, inovasi dan keusahawanan.
Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah KPTM Kuantan iaitu YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain selaku tuan rumah bagi majlis MAKHEP 2022 pada tahun ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dan gimik perasmian majlis oleh YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB.
Selain itu, Majlis ini turut dihadiri oleh dua(2) orang Ikon MAKHEP 2022 iaitu Encik Mohd Izzuddin bin Mohd Arshad, Ikon Sukan dan Encik Muhd Azizul Hakim bin Aziz, Ikon Usahawan MAKHEP 2022.
Majlis ini juga turut disertai oleh Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM, Pengarah cawangan Kolej KPTM dan wakil-wakil pelajar dari semua cawangan Kolej KPTM dan KUPTM.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga KPTM akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih hebat pada masa akan datang. AMAZING KPTM & KUPTM!