Previous Next

PEGAWAI KPTM KUANTAN LULUS KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI PAHANG

Jabatan Belia Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) peringkat Negeri Pahang secara atas talian pada 29 Jun 2021 (siri 1) & 30 Jun 2021 (siri 2). Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin & badan operasi (ARPRM) yang berkaliber & berpengetahuan tinggi.

 

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) ini mengambil sempena Program Duke Of Edinburgh's Award yang telah diperkenalkan di United Kingdom sejak tahun 1956. Ianya adalah wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan semangat bekerjasama dalam organisasi serta ketrampilan diri yang tinggi ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14 hingga 24 tahun.

 

Seramai 6 orang pegawai KPTM Kuantan telah menyertai kursus ini bersama-sama dengan peserta dari organisasi-organisasi kerajaan dan swasta lain seluruh negeri Pahang. Kesemua pegawai dari KPTM Kuantan telah lulus dengan cemerlang dalam penilaian kursus pemimpin ARPRM secara atas talian bagi tahun 2021. 6 orang pegawai yang menyertai kursus tersebut ialah Puan Maizatul Akma Binti Napiah, Encik Kamarulnizam Bin Kamaruddin, Encik Mohd Azamuddin Bin Che Embi, Puan Hamidah Binti Jaini, Encik Ahmad Fairuz Bin Hasan dan Encik Abdul Quddus Bin Ramli.  Kesemua pegawai ini akan menerima pin dan sijil pentauliahan dari Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Kolej Poly-Tech MARA Kuantan akan menjadi cawangan badan operasi ARPRM di Negeri Pahang.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday247
YesterdayYesterday381
This_WeekThis_Week890
This_MonthThis_Month7249

 

 

Search