Tarikh: 18 Mac 2021
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: C1
Pengajar: Puan Anisa binti Mohd Yusoff (Timbalan Pengarah Akademik)
Pada 18 Mac 2021 telah diadakan Kursus Online Monitoring Sistem (OSMOS). Kursus ini dihadiri oleh semua ahli pengurusan KPTM Kuantan dan ketua unit fungsian. Peserta diajar:
1. Bagaimana kaedah untuk memasukkan jadual tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu
2. Agihan tugas kepada kakitangan bawahan
3. Merekodkan tugasan yang telah selesai
4. Menjana dan melaksanakan tugasan secara bersama menggunakan platform dalam talian
Pengisian kursus ini adalah untuk memudahkan semua ketua-ketua unit/jabatan untuk memantau tugasan unit/jabatan masing-masing secara online dan mendapat peringatan awal persediaan bagi setiap tugasan/aktiviti yang belum berlangsung serta makluman tugasan yang telah selesai dijalankan oleh kakitangan bawahan.