Tarikh: 10 Disember 2020
Masa: 9.00 pagi - 3.30 petang
Tempat: Makmal IT 1
Pengajar: Puan Hasnatul Balqies binti Hashim
Pada 10 Disember 2020 (khamis) baru-baru ini telah diadakan KURSUS MICROSOFT EXCEL yang disertai oleh 13 orang peserta di kalangan kakitangan berjawatan sokongan di KPTM Kuantan. Kursus telah disampaikan oleh Puan Hasnatul Balqies binti Hashim yang juga merupakan Pensyarah IT KPTM Kuantan. Kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak Sumber Manusia iaitu untuk memberi pendedahan tentang fungsi Microsoft Excel dalam menyelesaikan tugas harian serta meningkatkan kecekapan dan sistem kerja yang lebih efektif bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja.