Tarikh: 17 Disember 2020 (Khamis)
Program dimulakan dengan berkumpul di Dewan Al Farabi untuk sesi senamrobik jam 9.00 pagi. Senamrobik tersebut telah di ketuai oleh Puan Hamidah binti Jaini selaku Penasihat Kelab PROSIS.
Setelah itu, kakitangan terlibat dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama mengecat grill di bangunan Makmal Kejuruteraan Awam manakala kumpulan kedua mengecat grill dan tangga di bangunan Kejuruteraan Elektrik.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini sangat memberi faedah kepada kakitangan kerana selain daripada dapat menyumbang tenaga kepada organisasi, kakitangan juga dapat melakukan aktiviti sihat bersama-sama dan mengeratkan lagi hubungan mesra sesama kakitangan.