Previous Next

Pelajar KPTM KUANTAN terima Anugerah Platinum di dalam Konvokesyen KPTM yang ke 36

Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Balqis binti Budiman yang merupakan penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Platinum di dalam Konvokesyen KPTM yang ke 36 yang telah berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, .


Beliau merupakan graduan Diploma in Electrical Engineering (Industrial Electronics) KPTM Kuantan. Balqis bukan sahaja pelajar cemerlang yang berjaya mendapat CGPA 4.00 tetapi juga pelajar yang sangat aktif di dalam aktiviti-aktiviti anjuran kolej dan merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2018/2019

Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Teknikal di Cavotec Malaysia Sdn Bhd serta berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Memang selayaknya Saudari Balqis menerima anugerah tertinggi ini. Tahniah sekali lagi daripada pihak kolej.

 

Sumber : FB Jom Belajar di IPT 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday409
YesterdayYesterday465
This_WeekThis_Week323
This_MonthThis_Month874

 

 

Search