DARI MEJA PENGARAH

"KPTM KE ARAH KECEMERLANGAN"

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersyukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kita menerbitkan Laman Web Rasmi Kolej Poly-Tech MARA Kuantan. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada pihak pengurusan dan Jawatankuasa Laman Web KPTM Kuantan atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam web ini.

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan (KPTM Kuantan) adalah sebuah kampus yang komited terhadap pembentukan modal insan kearah pencapaian potensi diri secara optimum. Komitmen ini berdasarkan visi dan misi KPTM dan MARA yang menginginkan kebaikan untuk agama, individu, masyarakat dan Negara.

KPTM Kuantan menawarkan bidang pengajian yang mengikut arus keperluan negara. Contohnya dalam bidang Kejuruteraan, Sains Sosial , Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan. Bidang ini dapat melonjakkan diri setiap pelajar untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi dalam kerjaya. Pelajar akan dapat menguasai kemahiran komunikasi, kemanusiaan dan berkredibiliti. Secara tidak langsung dapat menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi dalam bidang-bidang tersebut serta mempunyai daya saing sumber manusia yang kukuh.

 

VICE CHANCELLOR
Kajian pengesanan graduan juga mendapati lebih 80% graduan daripada lulusan KPTM Kuantan telah diterima melanjutkan pengajian diperingkat ijazah ataupun mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan sahaja selepas bergraduat. Amat membanggakan juga pada tahun 2018 seramai 19 orang daripada alumni KPTM Kuantan telah menerima pelbagai anugerah dalam bidang yang diceburi. Antara nama-nama yang menerima anugerah itu ialah Mohd Firdaus bin Jamaluddin (Ikon Usahawan MARA), Hadi bin Aloha (Gamuda Scholarship Award dan First Prize Melaka Smart City Challenge), Syarifah Puteri Fairuz binti Syed Rahman (Life Club Award).

Pencapaian-pencapaian ini menjadi manifestasi kepada pencapaian pendidikan KPTM yang dilaksanakan secara holistik. Kecemerlangan graduan tidak ditakrifkan hanya kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga kepada penghasilan insan yang berdaya saing, seimbang dan mampu merialisasikan aspirasi Negara.

Fokus pembangunan diri dilaksanakan berjaya melangkaui aspek akdemik kerana pembelajaran dilengkapkan dengan peningkatan pengalaman diri pelajar. Dalam aspek ini, KPTM Kuantan mengambil pendekatan pendedahan aktiviti sosial sebenar pelajar yang melibatkan diri bersama masyarakat seperti seperti aktiviti kesukaralewanan, bantuan kemasyarakatan, pameran pendidikan dan kebudayaan , majlis-majlis rasmi dan keterlibatan dalam mana-mana pertandingan. Pelajar-pelajar KPTM Kuantan juga melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan yang dianjurkan oleh KPTM se-Malaysia setiap dua tahun sekali sama ada menjadi tuan rumah mahupun peserta. KPTM Kuantan juga tidak pernah ketinggalan dalam menghantar peserta untuk menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Bagi keterangan yang lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari galeri gambar dan video di laman sosial Facebook dan Instagram Kolej Poly-Tech MARA Kuantan. Justeru itu, KPTM Kuantan beriltizam untuk terus MARA ke hadapan menjadi sebuah IPTS tersohor sebagai wadah pembangunan agama dan bangsa.

Sekian, Terima Kasih
HJ NIK MOHD KHAIRI BIN NIK MOHD ZAIN

 

 

 

 

Search