BahagianAkademik

Bahagian Akademik Kolej Poly-Tech MARA Kuantan terdiri daripada 4 Jabatan Akademik, Sektor Penjadualan dan Peperiksaan, Sektor Pendaftaran & Rekod Statistik dan Sumber Akademik.

Berdasarkan penerangan di atas, 4 jabatan akademik tersebut adalah Jabatan Pengurusan dan Perakaunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengajian Umum dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer. Setiap jabatan akademik diketuai oleh seorang Ketua Jabatan.

Sektor Penjadualan & Peperiksaan (SPP) bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan hal ehwal penjadualan kuliah pelajar serta urusan berkaitan peperiksaan. Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik (SPRS) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan urusan pendaftaran pelajar baharu dan kanan seta data-data peribadi pelajar di dalam sistem. Manakala Perpustakaan kolej pula diuruskan oleh bahagian Sumber Akademik.

Waktu berurusan di kaunter SPP dan SPRS adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang.
(Jumaat) : 8.00 pagi – 12.45 tengahari.
                2.45 petang - 5.00 petang.
Tutup: Sabtu,Ahad & Cuti Umum/Hari Kelepasan

 
Waktu operasi Perpustakaan adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang.
                         8.00 malam - 11.00 malam
(Jumaat) : 8.30 pagi – 12.30 tengahari.
                2.45 petang - 5.00 petang.
Tutup: Sabtu,Ahad & Cuti Umum/Hari Kelepasan
Anisa binti Mohd Yusoff
Timbalan Pengarah AkademikAnisa binti Mohd Yusoffanisa@gapps.kptm.edu.my (ext:234)

Search