Previous Next

KPTM Kuantan Johan Business Idea

Pada 25hb April 2019, Unit Usahawan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah menghantar  penyertaan untuk Pertandingan Business Pitching sempena Karnival Usahawan Desa 2019 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus,Terengganu. Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan tema “Luar Bandar Sejahtera”.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih Idea Perniagaan terbaik yang mempunyai potensi untuk diketengahkan dan dikembangkan sebagai Perniagaan yang berdaya maju di masa hadapan serta mempunyai nilai inovasi yang tinggi.

Pertandingan Business Pitching ini telah di sertai oleh 22 orang peserta secara individu daripada IPMa Zon Timur dengan penyertaan terbuka kepada 2 kategori iaitu Idea Perniagaan baru dan Pembangunan Aplikasi. Kesemua peserta telah menunjukkan semangat pertandingan luar biasa dalam membentangkan Idea Perniagaan Baru dan Pembangunan Aplikasi selaras dengan tema “Luar Bandar Sejahtera”.

KPTM Kuantan telah menghantar seramai tiga orang pelajar untuk menyertai  pertandingan secara individu dengan tiga Idea Perniagaan Baru yang berbeza. Tiada penyertaan bagi kategori Pembangunan Aplikasi disebabkan kekangan masa dan kesempatan kerana kuliah minggu pertama sesi April 2019 sedang berjalan. Ketiga-tiga pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memikul tanggungjawab mewakili KPTM untuk membentangkan Idea Perniagaan Baru.

Pertandingan ini telah memberi impak positif kepada para peserta daripada KPTM Kuantan yang menyertai kerana mereka dinilai oleh juri-juri yang arif dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan.Juri-juri terdiri daripada Puan Nurul Syaza Binti Fauzi yang merupakan Founder SuriScha, Puan Nur Farahiyah daripada PUNB dan En.Nor Hisyam Bin Mohd Arifin yang merupakan CEO SR Scaffold. Para pelajar dapat membentangkan idea perniagaan baru dengan baik dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan berjaya menjawab pertanyaan panel juri. Selain itu, pertandingan ini memberi pengalaman sebenar kepada para peserta dan secara langsung menjadi tanda aras bagi mempertingkatkan kemahiran dan teknik untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas diucapkan kepada peserta KPTM Kuantan yang telahpun dipilih sebagai Johan Pertandingan Business Pitching 2019 Kategori “New Business Idea” sekaligus membawa pulang wang Tunai sebanyak RM500.00 beserta trofi dan sijil. Peserta yang menjadi Johan pertandingan ini ialah Ahmad Farizal Bin Shahidan dengan Idea “PVC Clip Hanger” yang menarik perhatian para juri kerana idea yang ringkas tetapi kreatif dan mempunyai nilai inovasi yang tinggi serta memberi impak kepada masyarakat dan pasaran. Ahmad Farizal adalah pelajar semester 5 daripada Program Diploma in Business Management dan merupakan ahli Kelab Usahawan Siswa KPTM Kuantan. Hadiah pertandingan ini telahpun disampaikan oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu iaitu Encik Azli Bin Sobi. 

Ucapan Ribuan Terima Kasih juga ditujukan khas buat Pensyarah Pengiring, Puan Norlaili Binti Mohamed merangkap Penasihat di atas komitmen dan usaha membimbing para pelajar untuk menyertai pertandingan ini.

Satu pencapaian yang amat memberangsangkan walaupun pemilihan peserta dan persediaan untuk pertandingan di buat di dalam kesibukan minggu pertama kuliah berjalan bagi sesi April 2019. Kemenangan ini membuktikan bahawa menjadi Siswa di IPT itu sesuatu yang amat menyeronokkan sekiranya para pelajar pandai membahagikan masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

Semoga kemenangan ini dapat menjadi titik tolak kepada siswa-siswi KPTM khasnya dan KPTM Kuantan yang lain untuk bergiat aktif dalam Kelab&Persatuan yang diminati masing-masing untuk menyertai pertandingan yang diadakan samaada diperingkat dalaman ataupun luaran Kolej.

  

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Search