Previous Next

PROGRAM KIBARKAN JALUR GEMILANG

Hari Kemerdekaan disambut pada setiap tahun pada 31 Ogos. Lazimnya sambutan Hari Kebangsaan disambut dengan meriah melalui program yang diadakan sepanjang bulan ogos sehingga pertengahan bulan september. Dengan tema rasmi pada tahun ini iaitu "Malaysia Prihatin", Program Kibarkan Jalung Gemilang telah berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2021.

 

KPTM Kuantan melalui Seksyen Sumber Manusia & Organisasi, Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Strategik serta Kelab Kebajikan, Sukan, Rekreasi dan Sosial (KKSRS) telah mengambil inisiatif melaksanakan program Kibarkan Jalur Gemilang ini di KPTM Kuantan.

 

Antara program yang telah dilaksanakan adalah:

1. Pertandingan Foto/Video 'Kita Merdeka'

2. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan

3. Pertandingan Video Masakan 'Menu Kemerdekaan'

4. Program Bacaan Yaasin Perdana & Sambutan Kemerdekaan

 

Objektif program ini diadakan adalah bagi :

1. Menghidupkan suasana bulan kemerdekaan disamping mempromosikan KPTM Kuantan kepada pihak luar melalui penyertaan pertandingan.

2. Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar & staf melalui pertandingan foto & video.

3. Mewujudkan persaingan secara sihat disamping memupuk semangat patriotik dan menghargai kemerdekaan dikalangan pelajar & staf.

 

Kemuncak program ini adalah bacaan Yaasin Perdana dan Sambutan Malam Kemerdekaan yang bermula dari jam 8.30 malam. Di sambutan ini juga diumumkan keputusan pemenang kesemua kategori yang dipertandingkan.

 

 

 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

256796
TodayToday228
YesterdayYesterday328
This_WeekThis_Week119
This_MonthThis_Month7405
All_DaysAll_Days256796

 

 

Search