Previous Next

PROGRAM PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA FRONTLINERS

Seramai sebelas (11) orang pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kuantan telah menjalankan program Khidmat Masyarakat iaitu menghantar makanan kepada “frontliners”. Program tersebut telah berlangsung pada 16 dan 20 Mei 2021 bertempat di tiga buah lokasi hospital swasta di sekitar Bandaraya Kuantan yang melibatkan Kuantan Medical Centre (KMC), Darul Makmur Medical Centre (DMMC), dan Pahang Medical Centre (PMC). 

Atas kesedaran menghargai pengorbanan “frontliners” dalam menjalankan tugas membantu pesakit-pesakit Covid 19 yang semakin ramai, sebelas orang pelajar ini terpanggil untuk menjalankan program ini. Program ini telah diketuai oleh Aini Su’aidah binti Mohamad Rafe (KNJ200510136) dan serta kawan-kawannya iaitu Fatin Nurliyana Binti Shoed (KNJ200510339), Muhammad Amzar bin Sastri (KNJ200510544), Siti Kamalia binti Sabari (KNJ200510172), Noor Solehah binti Suhaimi (KNJ200510511), Muhammad Nazrul bin Nazri (KNJ200510525), Ainin Sofea Ahmad Mahir (KNJ200510499), Intan Nurshazwanie binti Zaiperi (KNJ200510340), Puteri Nur Farahanis binti Abd Jabal (KNJ200510171), Nor Izza binti Mohamad (KNJ200510330) dan Nur Ain Najiha binti Mohd Sukri (KNJ200510124).  

Usaha murni para pelajar ini mendapat pujian daripada wakil setiap hospital yang terlibat kerana sanggup memberi ruang masa untuk menyediakan makanan kepada mereka di kala pandemik Covid19 melanda negara. Mereka tidak hanya berdiam diri di rumah, malah turut bersama–sama meringankan beban para “frontliners”. Usaha seperti ini perlu diteruskan bagi memberi kesedaran dan penghargaan kepada “frontliners” yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan pandemik Covid19 ini tidak menular dengan serius.  

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday423
YesterdayYesterday516
This_WeekThis_Week2125
This_MonthThis_Month939

 

 

Search