Previous Next

Perjumpaan bersama Panel Penilai Luar (Akademik) bagi Program Diploma In Human Resource Management

Perjumpaan bersama Panel Penilai Luar (Akademik) AB107 iaitu Lt. Kol. Dr Inderjit Singh Tara Singh telah diadakan pada 08 April 2021 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Utama KPTM Kuantan. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan iaitu Puan Maziah Binti Mutazam dan Puan Rohaiza Bte Hamzah.

Objektif program ini dijalankan adalah bagi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Pensyarah-Pensyarah Pengurusan Sumber Manusia (AB107) serta memberi kefahaman yang lebih jelas terhadap kriteria yang perlu ditekankan kepada pelajar Pengurusan Sumber Manusia (AB107).

Dr Inderjit juga, telah memberi perkongsian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Beliau juga menunjukkan contoh-contoh yang di aplikasikan di IPTA bagi membantu tenaga pengajar dalam mendapatkan idea berkaitan pengajaran atas talian ini.

Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam program ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

194369
TodayToday179
YesterdayYesterday268
This_WeekThis_Week1450
This_MonthThis_Month4510
All_DaysAll_Days194369

 

 

Search