Previous Next

Lawatan Pengerusi KPTMSB ke Kampus Cawangan KPTM Kuantan

Pada 7 September 2020, Ybhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB telah berbesar hati mengadakan lawatan kerja ke kampus cawangan KPTM Kuantan. Turut menyertai lawatan ini ialah YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dan Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk berbincang antara Pengerusi KPTMSB dengan pihak pengurusan, staf dan juga bertemu dengan pelajar di kampus ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa  oleh Ustaz Maliki dan ucapan aluan oleh Pengarah KPTM Kuantan, Tuan Hj Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain. Kemudian, majlis di teruskan dengan ucapan dari Pengerusi. Antara intipati ucapan beliau adalah, beliau mengharap ahli akademik di KPTM Kuantan diberi ruang untuk mempertingkatkan lagi skill set dalam pelbagai bidang. Selain daripada itu beliau juga berharap dapat menambahbaik infrastruktur sedia ada di kampus bagi menarik lebih ramai pelajar ke KPTM Kuantan sekali gus mensasarkan 6 STAR untuk penilaian MY-QUEST.

Majlis turut  merai penerima-penerima anugerah pekerja terbaik bulanan bagi bulan Jun, Julai dan Ogos 2020. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu bertema kemerdekaan dan deklamasi sajak oleh pelajar Semester 1. Pengerusi juga telah menyempurnakan penyampaian bantuan kepada 20 pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

Majlis tamat sekitar jam 1.00 petang dengan sesi fotografi. Klik di sini untuk galeri gambar

 

Search