Previous Next

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI PERUMAHAN RAKYAT PAK MAHAT KUANTAN, PAHANG.

9 Februari 2020 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan dengan kerjasama Persatuan Prihatin Kuantan Timur (PPKT) telah menganjurkan satu program khidmat komuniti bertempat di Perumahan Rakyat Pak Mahat Kuantan, Pahang. Program ini menyasarkan penglibatan warga Perumahan Rakyat Pak Mahat dan masyarakat sekeliling.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi lain, antaranya ialah pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Bomba, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tabung Haji, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Poliklinik Abi dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut ialah senam robik, pameran daripada agensi yang terlibat, gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, penyampaian sumbangan kepada yang layak dan pelbagai lagi. Program tersebut berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

 

Search