Previous Next

Majlis Apresiasi Siswa rai pelajar cemerlang sesi 0719

Pada 25 Februari 2020 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Siswa Sesi Julai 2019. Majlis diadakan bagi memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik pada sesi Julai 2019. 

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran 13 rakan kolaborasi KPTM Kuantan, iaitu: 

1. BI Technologies Corporation Sdn Bhd                                                                                                   

2. NS Prefab Consultancy

3.  Cavotec Malaysia Sdn Bhd 

4.  Suasa Muhibbah Sdn Bhd 

5.  Teras Sari Resources Sdn Bhd  

6.  UMP Press

7. MFJ Worlwide Management 

8.   Majlis Sukan Pahang (MSP)

9. Seal swim Club Kuantan 

10. Persatuan Pengamal ESH Pahang (PESHA) 

11.  Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)

12. Azzuha Travel and Tours Sdn Bhd

13. AMJ Technique Sdn Bhd

 

Seramai 181 penerima anugerah diraikan  pada hari tersebut.  Bagi sesi Julai 2019, 24 orang pelajar telah berjaya mendapat anugerah senat. Anugerah senat ini dianugerahkan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan purata nilai gred 4.0. 

Pihak White and Black Cabin telah berbesar hati menyumbang baucer bernilai RM100.00 kepada dua orang pelajar semester 6 jurusan Diploma in Civil Engineering (Construction Safety) iaitu Nurafrina Shazmeen Binti Hazurnizam dan Muhammad Fariduddin Saifullah Bin Shahizam yang telah berjaya memperoleh CGPA tertinggi. Sumbangan baucer ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Firdaus Jamaluddin Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding Sdn Bhd.

Search