FESTIVAL SUKAN KPTM KUANTAN 2020 (FESKO’20)

 

08 Februari 2020, KUANTAN – Festival Sukan KPTM Kuantan 2020 (FESKO’20) telah berlangsung di sekitar Kampus Kolej Poly Tech MARA Kuantan pada 08 Februari 2020. Festival tersebut bermula pada jam 7.00AM sehingga 6.30PM. FESKO’20 ini merupakan  festival sukan yang pertama kali diadakan pada tahun 2020 yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuantan. 

Objektif festival ini diadakan ialah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga KPTM Kuantan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di anatara pelajar dan kakitangan KPTM Kuantan. Selain itu, festival ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang sihat dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi. Seterusnya, dapat mengurangkan jurang antara pelajar dan pihak pegurusan serta mendedahkan pelajar dengan aktiviti yang diminati supaya dapat mengasah bakat tersendiri. 

Seramai 400 orang pelajar, pensyarahan dan pengurusan KPTM Kuantan turut meraikan festival sukan ini bersama-sama. Bukan itu sahaja, gerai jualan juga dibuka dari pihak kelab keusahawanan bagi memeriahkan festival ini.

Dalam festival ini, terdapat perlbagai sukan yang dipertandingkan antaranya, futsal, bola tampar, badminton, sepak takraw dan bola jaring. Setiap peserta yang menyertai merupakan wakil dari setiap program iaitu AA101, AB101, AB107, ET101, EV101 serta EV013. Program AB107 merupakan pemenang piala pusingan Festival Sukan KPTM Kuantan bagi tahun 2020. 

Diharapkan sempena Festival Sukan KPTM Kuantan 2020 (FESKO’20) ini, para pelajar dapat mempunyai coretan kenangan yang indah bersama rakan seperjuangan dan pihak Kolej Poly-Tech Mara Kuantan.

Search