KPTM KUANTAN UNGGULI KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM KPTM SE-MALAYSIA 2019

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan muncul juara keseluruhan bagi Karnival Kebudayaan dan Kesenian Islam KPTM se-Malaysia 2019 yang telah diadakan pada 10-12 Disember 2019 bertempat di Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur.

Karnival ini telah disertai oleh KPTM Bangi, KPTM Ipoh, KPTM Kota Bharu, KPTM Batu Pahat, KPTM Alor Setar dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA.

Persiapan mantap oleh setiap peserta daripada KPTM Kuantan telah berjaya membuahkan hasil apabila KPTM Kuantan telah muncul sebagai juara bagi kategori Kalam Jamaie, Syarahan Bahasa Inggeris dan Bacaan Khutbah Jumaat. Naib juara bagi kategori Nasyid dan Syarahan Bahasa Melayu serta tempat ketiga bagi kategori Azan.

Kemenangan KPTM Kuantan bagi setiap kategori ini telah berjaya mengalahkan KPTM cawangan lain lantas dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan menerima sebuah Piala Pusingan dan hadiah wang tunai bernilai RM1000.

Hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik Kolej Poly-Tech MARA.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan kakitangan KPTM Kuantan yang terlibat.

Search