Previous Next

KOLABORATIF PROJEK INOVASI DI ANTARA KPTM KUANTAN DAN SMK ABDUL RAHMAN TALIB SEKALI LAGI DIANUGERAHKAN PINGAT EMAS

SMK Abdul Rahman Talib dengan bimbingan KPTM Kuantan telah menyertai pertandingan The International Competition and Exhibition on Computing Innovation (iCE-CInno) 2019 yang telah dianjurkan dari 22 -24 September 2019 bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang.

Alhamdulillah projek ini telah dianugerahkan GOLD MEDAL serta menjadi salah satu projek yang dipilih untuk dibentangkan kepada Naib Cancelor UMP disebabkan projek ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung sewaktu pameran berjalan. Projek ini turut mendapat pujian daripada juri jemputan dari luar negara.

Tahniah diucapkan kepada Ts. Aizat Abd Aziz, Pensyarah Kejuruteraan Elektrik kerana telah berjaya membimbing pelajar SMK Abdul Rahman Talib sehingga mereka berjaya. Semoga hubungan kolaboratif di antara KPTM Kuantan dan SMK Abdul Rahman Talib akan sentiasa berterusan di masa akan datang.

Search