Previous Next

White and Black Cabin, tarikan terbaharu KPTM Kuantan

Pada 21 September 2019 telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan White and Black Cabin (WBC). Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'dzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Majlis perasmian ini merupakan kerjasama antara pihak WBC dan KPTM Kuantan.

White and Black Cabin merupakan sebuah cafe yang dimiliki oleh Saudara Mohd Firdaus bin Jamaluddin. Beliau merupakan alumni KPTM Kuantan. Pada majlis tersebut juga, beliau telah dianugerahkan Ikon Usahawan KPTM Kuantan 2019.

Bertempat bersebelahan Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, WBC kini menjadi salah satu tarikan baharu KPTM Kuantan dan sekitar bandar Kuantan. Di samping menyediakan menu makanan yang menyelerakan, pengunjung juga dapat menikmati makanan mereka dengan suasana tenang dan lebih santai.

Search