Previous Next

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT KERJASAMA (LoC) KPTM KUANTAN BERSAMA INDUSTRI dan 176 PELAJAR KPTM KUANTAN DIRAI DALAM MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESI NOVEMBER 2018

Pada 25 Julai 2019, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Kerjasama (LoC) diantara KPTM Kuantan dan 6 buah syarikat serta meraikan 176 Pelajar Cemerlang KPTM Kuantan di Majlis Anugerah Dekan sesi November 2018. Majlis ini merupakan satu program kolaborasi KPTM Kuantan dengan pihak industri berlatarbelakangkan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik pada sesi November 2018 serta pendedahan pelajar cemerlang terhadap industri masa kini.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengukuhkan jaringan industri untuk kepentingan dan kebaikan pelajar-pelajar KPTM Kuantan sepertimana keperluan pihak MARA, memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik pada sesi November 2018 serta dapat memberi inspirasi dan keazaman kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.

Enam buah syarikat yang terlibat di dalam Majlis Menandatangani Surat Kerjasama (LoC) ini ialah DoReMi SERVICES & RENTAL SDN BHD, NS PREFAB CONSULTANCY, BI TECHNOLOGIES CORPORATION SDN BHD, SUASA MUHIBBAH SDN BHD dan AMIERA GHAZZALY & ASSOCIATES. Kedua-dua pihak iaitu KPTM Kuantan dan wakil industri telah bersetuju untuk sama-sama berperanan dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan industri dan akademik

Untuk Majlis Anugerah Dekan sesi November 2018 ini pula  176 pelajar yang dirai telah mendapat purata nilai gred 3.50 dan ke atas dimana 16 orang daripada pelajar tersebut telah turut mendapat Anugerah Senat kerana mendapat purata nilai gred 4.00. Majlis Anugerah Dekan ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Majlis Menandatangani Surat Kerjasama (LoC) KPTM Kuantan Bersama Industri dan Majlis Anugerah Dekan sesi November 2018 telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Akademik Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd, Ybhg. Encik Abdul Azmi Bin Abdul Aziz. Hadir sama adalah Tuan Haji Zul Bahri Bin Hamzah, Timbalan Pengarah MARA Negeri Pahang Mewakili Pengarah Mara Negeri Pahang, Pengarah KPTM Kuantan, Tuan Haji Nik Mohd Khairi Bin Nik Mohd Zain, Rakan-Rakan Industri Dan Ahli Pengurusan KPTM Kuantan.

Beribu pejabat di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur, KPTM adalah pusat kecemerlangan pendidikan untuk program-program akademik, profesional dan pembelajaran berterusan.

 

Search