Sekalung ucapan TAHNIAH diucapkan kepada KPTM KUANTAN di atas penganugerahan INSTITUSI PENDIDIKAN MARA TERBAIK sempena Hari Anugerah Pendidik MARA 2025 yang telah berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja dan para pelajar KPTM Kuantan di atas kejayaan ini. Semoga KPTM Kuantan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Tahniah KPTM Kuantan memenangi Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (MAKHEP 2024)
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga KPTM akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih hebat pada masa akan datang.
Tahniah En. Ahmad Hadi bin Ibrahim
Ucapan seribu Tahniah daripada warga KPTM Kuantan kepada En. Ahmad Hadi bin Ibrahim, Pensyarah Kanan Pengurusan Perniagaan (subjek Financial Management) dari KPTM Kuantan, telah dianugerahkan Anugerah Pendidik Cemerlang MARA 2025 atas sumbangan cemerlang beliau dalam bidang akademik, pembangunan pelajar dan inovasi pengajaran.
Tahniah pelajar KPTM Kuantan berjaya menyambung pelajaran ke luar negara
Tahniah kepada NABILAH BT NAZERI graduan EV101-Diploma in Civil Engineering (Construction Safety), KPTM Kuantan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Edinburgh, Scotland dalam jurusan Bachelor Degree of Engineering (Hons) Civil Engineering.
Tahniah pelajar KPTM Kuantan berjaya menyambung pelajaran ke luar negara
Tahniah diucapkan kepada NUR ALIS MARIYA BINTI MOHD IDRIS graduan Diploma in Business Management (AB101) yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Oxford Brookes University, UK dalam jurusan Business Management and International Relations.
Tahniah pelajar KPTM Kuantan berjaya menyambung pelajaran ke luar negara
Tahniah MARDIAH BINTI MAHRIZAN kerana telah berjaya menyambung pengajian ke luar negara di dalam bidang Electrical dan Electronics Engineering. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Newcastle: MEng Honours Electrical and Electronic Engineering with Industrial Project