Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPPP) adalah jabatan yang bertanggungjawab menawarkan tiga program utama di Kolej Poly Tech Mara Kuantan. Program-program yang ditawarkan dibawah jabatan ini adalah;

  1. Diploma In Accounting
  2. Diploma In Business Management
  3. Diploma in Human Resource Management

Terdapat seramai 21 orang pensyarah bernaung dibawah jabatan ini dimana mereka ini datang dari pelbagai bidang pengajian, antaranya Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan dan Perakaunan.  

Jabatan Pengurusan Perniagaan komited dalam memastikan program-program yang ditawarkan terus relevan pada masa sekarang dan akan datang. Justeru itu, pihak Fakulti Pengurusan Perniagaan serta Fakulti Perakaunan sentiasa prihatin dengan perubahan yang perlu diabuat agar ianya seinring dengan keperluan industri mahupun Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).