NORAZAM BIN AZMI PENSYARAH KPTM KUANTAN DINOBAT SEBAGAI TENAGA PENGAJAR e-USAHAWAN UNTUK KOMUNITI TERBAIK (INSTITUSI PENDIDIKAN)

Ditulis oleh Marziah bt Abdul Wahab on . Posted in Berita Kampus

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.Menerusi program eUsahawan ini juga,rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital selaras dengan Agenda ekonomi digital Negara.

Para peserta diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasakan keusahawan digital di peringkat akar umbi. Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum pendidikan demi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menerokai peluang sebagai usahawan digital.

eUsahawan Desa merupakan program keusahawanan digital untuk usahawan mikro. Program jangka pendek selama 1 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan yang terpilih di seluruh Negara dan KPTM Kuantan merupakan salah sebuah institusi TVET yang terpilih.

Untuk makluman,kejayaan program eUsahawan di Malaysia yang bermula sejak tahun 2016 sehingga kini adalah juga dia atas bantuan daripada barisan tenaga pengajar yang mahir serta diiktiraf.Bimbingan serta perkongsian ilmu daripada tenaga pengajar telah berjaya melahirkan ribuan usahawan digital melalui program eUsahawan ini.

Sehubungan dengan itu,pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjemput tenaga pengajar eUsahawan yang terpilih untuk hadir ke Majlis Jamuan Minum Petang bagi menghargai usaha yang telah dicurahkan oleh tenaga pengajar selama ini.

Tahniah diucapkan kepada semua tenaga pengajar eUsahawan yang terpilih terutamanya dari Kolej Poly-Tech MARA Kuantan iaitu Coach Sharifah Fatimah Khairulnisha Syed Noh,Coach Norlaili Mohamed,Coach Nurhidayatul Ashikin Ramlan dan Coach Norazam Azmi kerana semua tenaga pengajar dari KPTM Kuantan telahpun terpilih untuk ke Majlis Apresiasi tersebut.

Majlis Apresiasi Minum Petang Tenaga Pengajar eUsahawan 2018 ini telah berlangsung di Banquet Hall 2, Menara Felda, Platinum Park,Kuala Lumpur pada 28 November 2018, pada pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang. Majlis ini merupakan satu majlis penghargaan untuk meraikan jasa dan usaha yang telah dicurahkan oleh tenaga pengajar eUsahawan seluruh Malaysia yang terpilih.

etrainer 1

Seramai hampir 500 orang tenaga pengajar eUsahawan terpilih yang diraikan didalam majlis ini yang bertemakan ‘Aloha/Hawaii’.Majlis dimulakan dengan ‘Gimmick’ menyambut ketibaan Datuk Yasmin Mahmood yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian dari CEO MDEC, Datuk Yasmin Mahmood dan diteruskan dengan sesi eUsahawan Next Journey oleh Sumitra Nair,Vice President Talent&Digital Entrepreneurship. Majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada Kumpulan Kebudayaan Kepulauan eU dan di teruskan dengan penyampaian Anugerah the Koa Warrior 2018 kepada tenaga pengajar eUsahawan yang terbaik dalam kategori yang berbeza.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Coach Mohd Norazam Bin Azmi kerana telah terpilih sebagai Tenaga Pengajar eUsahawan untuk Komuniti Terbaik (Institusi Pendidikan) dan sekaligus mengharumkan nama KPTM Kuantan.

etrainer

Program akhirnya ditamatkan dengan Nyanyian lagu ke Semangat kita, jamuan hi-tea dan sesi ‘Group Photo’ sebelum bersurai pada pukul 5.00 petang.