PROGRAM APRESIASI SISWA SESI 0118

Ditulis oleh Marziah bt Abdul Wahab on . Posted in Berita Kampus

Program Apresiasi Siswa ini telah berlangsung di Dewan Baharu KPTM Kuantan pada 28 September 2018, pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang. Program ini merupakan satu majlis penghargaan dan perkongsian ilmu kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik pada sesi 0118. Perkongsian ilmu ini dapat memberi gambaran kepada pelajar berkenaan hala tuju mereka dan jangkaan dari industri terhadap pelajar- pelajar cemerlang ini pada masa akan datang.

DSC 0068

Objektif program ini adalah untuk mengajak pelajar mendengar perkongsian ilmu bersama penceramah jemputan berkenaan hala tuju graduan-graduan cemerlang pada masa akan datang. Selain itu, program ini juga dapat memberi penghargaan kepada pelajar- pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik disamping dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.

DSC 0072 DSC 0090

Seramai 100 orang pelajar dan 34 orang staf yang terlibat dengan program ini. Program dimulai dengan ucapan aluan dari Pengarah Kolej Poly-Tech Mara Kuantan, Puan Nor Azah binti Mohamad Azahar dan diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Dr Syamsul Fozy bin Osman selaku Timbalan Pengarah Perancangan Korporat KPTM Ibu Pejabat dengan ceramahnya yang bertajuk Expectations of Industries from Excellent Graduates. Program kemudiannya di teruskan dengan penyampaian Anugerah SENAT kepada pelajar seramai 13 orang disertai dengan ucapan dari wakil bagi setiap program.

Program akhirnya ditamatkan dengan Nyanyian lagu ke Puncak Awan, jamuan hi-tea dan sesi bergambar sebelum bersurai pada pukul 6.00 petang.

DSC 0158   DSC 0173

Disediakan oleh,

Sarina binti Abu Bakar
Pensyarah