KEM MOTIVASI PELAJAR HARAPAN 2018

Ditulis oleh Marziah bt Abdul Wahab on . Posted in Berita Kampus

Program ini telah berlangsung di Kem Tentera Batu 10 (Pasukan 12 RAMD) selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 21 September dan berakhir pada 23 September. Program ini bertujuan untuk memberi satu pendedahan awal kepada para pelajar tentang kepimpinan dan bekerja di dalam satu organisasi. Penyertaan adalah di kalangan pelajar semester akhir yang bernaung di bawah kelab Permata.

photo 2018 10 04 14 47 05

 

Objektif program ini adalah untuk membentuk disiplin diri, sahsiah dan jati diri di kalangan peserta program. Selain daripada itu peserta juga mempelajari cara berorganisasi dengan betul serta membentuk sebuah pasukan kepimpinan dan sukarelawan yang mantap dan baik. Di samping itu peserta didedahkan dengan kemahiran berfikir secara kritikal di sepanjang program ini dijalankan.

Seramai 34 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring yang mengikuti program ini. Program dimulai dengan pembentukan kumpulan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan diketuai oleh 2 orang ahli tentera. Orientasi kem bermula pada hari pertama, di mana peserta berkawad dan berlari mengelilingi kem tentera. Pada sebelah malamnya sesi taaruf dijalankan dan setiap kumpulan akan mencipta ‘wall cry’ masing2 yang akan menjadi ‘tagline’ dan ‘trademark’ kepada kumpulan mereka.

photo 2018 10 04 14 47 32   photo 2018 10 04 14 47 47  photo 2018 10 04 14 49 44

 

Pada malam hari pertama, selepas ‘supper’ semua peserta di bawa ke hutan untuk menjalani program ‘Black panther’. Program ini dijalankan dengan melepaskan peserta bertiga-tiga memasuki hutan tanpa dibantu dengan sebarang cahaya melainkan cahaya bulan mengambang. Walau bagaimanapun, peserta boleh berpaut kepada tali yang telah diikat di antara pokok sebagai arah untuk berjalan di dalam hutan. Pengiring juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta untuk merasai kegelapan hutan yang hanya ditemani cahaya bulan.

Pada keesokan harinya, selesai solat subuh berjemaah, peserta bersenam di keliling kem sebelum bersarapan. Selesai bersarapan, setiap kumpulan, dibekalkan dengan ‘ration’ tentera dan di bawa masuk ke dalam hutan untuk program ikhtiar hidup. Semasa di dalam hutan, peserta di ajar menjalani hidup sebagai seorang tentera. Menggunakan apa yang ada, mereka belajar bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan bahan dan tenaga yang telah diberikan. Alhamdulillah, dengan bantuan pasukan tentera, kesemua peserta lulus di dalam ujian ini.

Pada sebelah petangnya, setiap kumpulan berlumba untuk memenangi acara ‘Obstacle Challenge’. Peserta akan berlari merempuh halangan berduri, memanjat tembok, memakai helmet tentera, membawa rod besi yang panjang dan berat, membawa tayar lori dan akhir sekali berenang di dalam air yang berkedalam 8 kaki. Ada peserta yang semput dan termengah-mengah, kemungkinan besar mereka lama tidak menjalankan aktiviti lasak sebegini.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan acara BBQ dan seramai 5 orang staf jemputan daripada KPTM Kuantan hadir pada malam itu bersama pegawai pemerintah Pasukan 12 RAMD. Tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada kedua-dua kumpulan dan diselangi dengan nyanyian daripada ‘in-house band’.

Pada hari terakhir, senaman pagi dijalankan di dalam hutan, di mana peserta berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti meniti di atas tali yang diikat antara 2 pokok dan berlarian di atas tunggul kayu (dikenali sebagai tapak gajah).

Selesai bersarapan pagi, pertandingan kawad kaki diadakan, dimana platun 1 memenangi pertandingan tersebut. Selepas solat zohor, majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sijil dan juga bergambar.

photo 2018 10 04 14 48 09 photo 2018 10 04 14 48 47 photo 2018 10 04 14 49 02  photo 2018 10 04 14 49 11 

 

Disediakan oleh,

Pn. Mariam Mat Saad
Pensyarah