KEJOHANAN RAGBI 10S PIALA PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL CHENOR

Ditulis oleh Marziah bt Abdul Wahab on . Posted in Berita Kampus

Pada 11-12/8/2018 bertempat di Kolej Vokasional Chenor, Pahang telah berlangsung Kejohanan Ragbi 10 sebelah Lelaki dan Ragbi Sentuh (Touch Rugby) bagi kategori perempuan. KPTM Bullets telah dijemput untuk menyertai kedua-dua kategori ini dan telah membuat persiapan awal sebelum kejohanan berlangsung. KPTM Bullets telah menghantar 15 pemain lelaki, 15 pemain perempuan, En Razif Razali selaku Jurulatih pasukan, en Ad Deen sebagai Pengurus pasukan dan dua pegawai fisio yang diketuai oleh En Ahmad Hadi Ibrahim.

rugbi 3  rugbi 4

Bagi kategori Ragbi 10 Sepasukan Lelaki, KPTM Bullets telah diletakkan bersama dengan pasukan Jerantut Rugby Club dan Alumni KV Chenor. Keputusan perlawanan di peringkat kumpulan adalah seperti berikut:
Peringkat Kumpulan
Peringkat Kumpulan
KPTM Bullets Lawan Jerantut Rugby Tewas 7-21
KPTM Bullets Lawan Alumni KVC Menang 21-5

Pusingan Kedua
KPTM Bullets Lawan Alumni Chenor Seri 7-7
KPTM Bullets Lawan Semantan Menang 32-0

Akhir Plate
KPTM Bullets Lawan KV Chenor Menang 21-0

rugbi 1

Bagi pasukan lelaki, keputusan yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan kerana telah mendapat Johan Kategori Plate dimana jika diukur dari segi kedudukan keseluruhan mendapat tempat ketiga dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan dengan tempat kedua.
Bagi Kategori Touch Rugby perempuan, ini adalah pendedahan kali pertama untuk pasukan wanita di peringkat pertandingan luar. Walaupun keputusan perlawanan tewas semua perlawanan tetapi komitmen pemain dan kesungguhan mereka adalah sangat membanggakan. Pasukan touch rugby perempuan telah mendapat tempat ketiga bersama dengan pasukan daripada Kolej Komuniti Temerloh.
Secara keseluruhannya, kejohanan seperti ini amat berguna untuk mendedahkan pemain ragbi di KPTM Kuantan di peringkat yang lebih tinggi dan memberikan pendedahan berguna kepada pemain yang baru pertama kali bermain ragbi. Diharap pemain-pemain ini dapat terus di kekalkan dan diberikan peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan untuk membentuk satu pasukan yang lebih mantap.

Disediakan oleh : 
Encik Razif Razali
Ketua Jurulatih 
KPTM Bullets