SEKTOR PENJADUALAN DAN PEPERIKSAAN (SPP) adalah salah satu unit di Bahagian Akademik yang mengurus dan menyelaraskan hal ehwal penjadualan kuliah pelajar serta urusan yang berkaitan dengan peperiksaan sehinggalah kepada keputusan peperiksaan dan penyediaan transkrip pelajar.

SPP juga mengendalikan pendaftaran pelajar bagi peperiksaan Malaysian University Entrance Test (MUET) mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. KPTM Kuantan merupakan salah sebuah pusat bagi peperiksaan MUET.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Sektor Penjadualan dan Peperiksaan adalah:
1. Penjadualan Kuliah.
2. Penjadualan Peperiksaan Akhir
3. Transkrip Keputusan Peperiksaan
4. Sijil Kecemerlangan Akademik
5. Pendaftaran MUET


Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap kepada semua terutamanya kepada pelajar, ibubapa, kakitangan, bahagian-bahagian lain di KPTM.