Jabatan Matematik dan Sains Komputer Kolej Poly-Tech MARA Kuantan juga dikenali dengan Mathematics and Computer Science (MACS) bertanggungjawab terhadap kursus-kursus yang berkaitan dengan Sains Komputer / Teknologi Maklumat dan kursus Matematik sejak KPTM ditubuhkan pada 1983. Jabatan ini terdiri dari DUA (2) unit utama iaitu Unit Teknologi Maklumat dan Unit Matematik dengan kekuatan seramai TUJUH (7) orang pensyarah Sains Komputer dan LIMA (5) orang pensyarah Matematik. Selaras dengan perkembangan pengetahuan seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), seramai LAPAN (8) orang pensyarah dari jabatan MACS telah memiliki Sarjana dan bidang masing-masing.

Pada tahun 2004, jabatan MACS bertanggungjawab mengendalikan DUA (2) program akademik iaitu Diploma in Information Technology (DIT) dan Diploma in Information System (DIS). Namun, kedua-dua program ini dimansuhkan pada tahun 2014 berikutan perancangan strategik daripada pengurusan tertinggi KPTM Sdn Bhd. Sehingga sekarang, jabatan MACS masih bertindak menguruskan kursus-kursus yang berkaitan dengan Sains Komputer dan Matematik yang terlibat dalam program-program lain yang ditawarkan di KPTM Kuantan.

Sejak penubuhan sejak 30 tahun yang lalu, jabatan ini telah berkembang dengan pesat dalam pelbagai aspek. Pensyarah di dalam Jabatan MACS terlibat secara langsung dengan pentadbiran kolej seperti Unit Fungsian Jaringan Industri, menguruskan laman sesawang kolej (WEB MASTER), menguruskan sistem pembelajaran (OLES) dan pembangunan program baru bagi memastikan kelansungan KPTM Kuantan agar setanding dengan institusi pendidikan yang lain. Begitu juga penglibatan ahli jabatan dalam bidang keselamatan kolej, seorang pensyarah Jabatan MACS dilantik menjadi Pegawai Keselamatan (Safety Officer) untuk mengenalpasti, mengawal dan mencegah risiko yang memudaratkan KPTM serta warganya.