Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diizinkan untuk berkhidmat di Kolej Poly –Tech MARA(KPTM) Kuantan.Saya telah melihat dan amat berbangga dengan pencapaian kejayaan dan kecemerlangan kolej ini.Akhir tahun 2010, KPTM Kuantan telah memperoleh Sijil ISO 9001:2008.

Kini kolej sedang mengorak langkah dengan proses kualiti 5S dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan dalam melestarikan pendidikan dan budaya pengurusan yang berkualiti.KPTM Kuantan menawarkan kepada pelajar pelbagai peluang untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu.KPTM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajiannya.

KPTM meletakkan visinya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi pilihan.Visi ini diusahakan menerusi lima aspek penekanan iaitu menyediakan program pendidikan yang di iktiraf,berkualiti dan mempunyai nilai pasaran,menawarkan program pendidikan pada kadar yuran berpatutan,menyediakan tenaga kerja profesional,menyediakan kemudahan lengkap berteraskan teknologi terkini,melahirkan graduan berilmu,berkualiti dan berdaya saing.

Kini KPTM kuantan sedang memantapkan sistem penyampaian akademik melalui gerak langkah seperti yang telah ditentukan oleh Malaysia Qualification Agency(MQA).Salah satu langkahnya adalah menyemak  semula kurikulum yang berlandaskan criteria “Outcome Based Education”.Usaha ini baru bermula melalui anjuran latihan dan ceramah oleh pakar dalam bidang ini untuk semua pensyarah KPTM Kuantan.

 Akhir kata saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah memilih untuk mengikuti pengajian di KPTM Kuantan.Harapan saya agar semua pelajar menggunakan masa secara berkualiti dan kemudahan yang ada di KPTM Kuantan untuk mengasah bakat dan potensi yang ada dalam diri para pelajar.Kejayaan masa depan berkait rapat dengan usaha yang gigih pada hari ini

 

Salam hormat dan selamat maju jaya.

 Sekian,terima kasih,

 

 

Nor Azah Binti Mohamed Azahar

PENGARAH