Previous Next

Produk Inovasi KPTM Kuantan raih GOLD MEDAL di i-EIE 2019

Pada 7 hingga 9 Oktober 2019 telah diadakan International EUREKA Innovation Exhibition (i-EIE) 2019. Pertandingan ini telah berlangsung dan dianjurkan oleh Universiti Kuala Lumpur, Spanish Institute, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.

Dua orang pelajar KPTM Kuantan dari program ET101 - Diploma in Electrical Engineering (Industrial Electronics) iaitu Muhammad Haziq bin Abu Hanifah dan Muhammad Danial Hanis bin Mohd Tukiran di bawah bimbingan dua orang pensyarah kejuruteraan ; Ts Aizat bin Abdul Aziz dan Ts Razmi bin Ab Rahman telah mempertaruhkan produk inovasi yang diberi nama “IoT LPG Gas Leak Detector System with Auto Shut OFF Valve”. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada produk-produk inovasi yang menggunakan teknologi IR4.0 (Revolusi Industri 4.0) yang memberi faedah kepada masyarakat moden zaman sekarang. Pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada pihak industri iaitu Kulim Hi-Tech. Pertandingan ini disertai oleh pelbagai IPT dari dalam dan juga luar negara.

Lebih membanggakan apabila produk ini telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang GOLD MEDAL. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan pensyarah yang telah berjaya mengharumkan nama KPTM KUANTAN di dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday54
YesterdayYesterday300
This_WeekThis_Week879
This_MonthThis_Month23885

 

 

Search