Majlis Sambutan Merdeka Raya

Pada 20 Ogos 2019, KPTM Kuantan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Asrama (MPA) telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya bersempena bulan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 62. Sambutan majlis di Dewan Baharu ini telah bermula jam 8.30 malam. Semua pelajar dan wakil pensyarah telah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Para hadirin telah hadir dengan mengenakan busana bertemakan "Pakaian Kebangsaan dan Kemerdekaan".

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah KPTMKTN, Tuan Haji Nik Khairi bin Nik Mohd Zain. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap agar pelajar sentiasa memupuk nilai-nilai murni di dalam diri mereka bagi mencerminkan keperibadian pelajar KPTM Kuantan kepada orang luar. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar iaitu demonstrasi silat gayung oleh ahli Persatuan Silat KPTM Kuantan juga persembahan nyayian lagu-lagu patriotik oleh pelajar Persatuan Seni dan Kebudayaan.

Antara aktiviti lain ialah jamuan Hari Raya, cabutan bertuah dan King and Queen Merdeka. Majlis telah bersurai jam 11 malam. 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday58
YesterdayYesterday232
This_WeekThis_Week1370
This_MonthThis_Month24376

 

 

Search