Projek Kolaborasi di antara KPTM Kuantan dan SMK Abdul Rahman Talib raih Gold Medal di AiNEX 2019

      Pada 3 Julai 2019, SMK Abdul Rahman Talib bersama-sama dengan rakan kolaborasi projek iaitu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah menghantar dua projek inovasi pelajar tingkatan 3 bagi menyertai pertandingan 3rd Advanced Innovation & Engineering Exhibition (AiNEX 2019) bagi ketagori sekolah yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (Kampus Gambang). Produk inovasi tersebut adalah IoT Smart Home Automation System Trainer for RBT Teachers dan Smart Fertigation System. Produk inovasi IoT Smart Home itu telah berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan bagi Kategori Sekolah dan juga telah berjaya membawa pulang pingat Emas untuk kategori tersebut. Manakala projek Smart Fertigation System telah berjaya membawa pulang pingat Perak. Antara sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini adalah MRSM Pekan, SBPI Pekan, SMK Bukit Rangin, sekolah-sekolah dari negeri Selangor dan Negeri Sembilan serta banyak lagi.

      Kedua-dua projek ini adalah hasil daripada topik Penghasilan Produk bagi subjek baharu yang menggantikan Kemahiran Hidup iaitu Reka Bentuk Teknologi (RBT). Pelajar Tingkatan 3 sekarang dikehendaki menghasilkan projek gabungan teknologi untuk PT3. Disebabkan subjek ini adalah masih baru, guru-guru masih kekurangan ilmu dan kemahiran. Justeru itu, pihak sekolah telah memohon pertolongan pensyarah KPTM Kuantan iaitu Ts. Aizat bin Abd Aziz untuk memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada pelajar-pelajar ini dalam memastikan projek-projek mereka dapat berfungsi sepenuhnya.

 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday59
YesterdayYesterday356
This_WeekThis_Week1691
This_MonthThis_Month22426

 

 

Search