Previous Next

SELANGKAH KE UNIVERSITI, TERENGGANU

9 Januari, Isnin - Program tajaan Kolej Poly-Tech MARA dengan kerjasama, YPM, IPMA dan MGKK Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Isa bin Chik, Pengurus, Seksyen Kecemerlangan Pelajar, Yayasan Pelajaran MARA. Turut hadir, Puan Anisa binti Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Akademik, KPTM Kuantan, Encik Khairil Anuar bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Puan Rabilah binti Abdul Razak, Penolong Pengarah HEM, JPNT dan Pn Noor Fadilla binti Abdul Rashid, STO MARA Negeri Terengganu.

 

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat dari IPMa iaitu UniKL, KUPTM, KPTM dan KKTM kepada 300 pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah sekitar daerah Dungun dan Kemaman.

 

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar hala tuju pendidikan selepas SPM. Semoga mereka yang hadir beroleh manfaat dan mempunyai matlamat yang jelas.

 

Sumber : FB Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday60
YesterdayYesterday194
This_WeekThis_Week1799
This_MonthThis_Month24805

 

 

Search